K-BEAUTY SERIES: KENAPA K-BEAUTY SANGAT POPULAR DALAM INDUSTRI KECANTIKAN GLOBAL?
- Cik Jojo

- 22 Okt 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk K-Beauty Series kali ini, Cik Jojo nak cerita sikit tentang kenapa K-Beauty ni sangat popular sejak 5 tahun yang lalu. Brand-brand K-Beauty ni bukan sahaja yang biasa kita nampak di Watson, Guardian, Hermo, Althea, semua tu… there are hundreds more even yang lebih best tapi tak berapa popular di Malaysia. Dari kajian yang Cik Jojo dan kawan-kawan satu team lakukan, kat Malaysia brand X paling ramai suka, kalau kat UK pulak brand Y, dan kalau di USA pulak brand Z. So, peminat K-Beauty ini bukan sahaja sukakan industri K-Beauty malah terdapat peminat tegar untuk sesuatu brand K-Beauty itu. Konsep dia sama macam idol K-POP, pasti ada loyal group. So, untuk mengekalkan interest loyal group ini lah pemilik brand X, Y, dan Z tadi sering mengeluarkan produk terbaru mereka dengan kerap. Kalau korang nak tahu, by average, kebanyakan brand K-Beauty yang top mengeluarkan produk baru hampir setiap minggu! Sebab itulah promotion atau sale campaigns mereka pun almost everyweek!!! 😲🥳

Oh ya, produk kecantikan dari Korea Selatan banyak menumpukan pada wellness dan health. Maksudnya, depa K-Beauty brand tu bukan hanya promot produk dan brand semata-mata TETAPI juga mempromosikan gaya hidup sihat, kesedaran keselamatan produk, ingredients yang baik dan berkesan, dan trend mereka juga lebih mirip kepada natural look (dalam niche makeup). Cuba perhatikan dari gaya iklan, dan promosi mereka. Korang try lah search iklan brand K-Beauty kat youtube dan lihat konsep mereka. 😍😉
Selain itu, konsep produk mereka sendiri juga cenderung menggunakan bahan semula jadi yang dilabel dengan jelas pada bungkusannya. Kenapa? Ini kerana banyak ingredient semulajadi digunakan dalam banyak kajian saintifik. So, dengan menggunakan konsep seperti ini, ia dapat meningkatkan trust pembeli dan brand tersebut ada strong “evidence”. Hakikatnya, percentage dan formulasi juga dapat mempengaruhi keberkesanan sesuatu produk yang terhasil dan bukan semata-mata ingredients sahaja. Point ini ramai tak perasan sebab dah diover shadow dengan iklan, review, dan point-point saintifik tadi. Hehe!😜🤓
Tambahan, dengan pembungkusan produk K-Beauty yang agak catchy dan cute memainkan peranan besar. Produk K-Beauty lazimnya menggunakan warna yang terang dan watak-watak comel untuk mempromosikan produk mereka. Inilah sebabnya mengapa K-Beauty sangat digemari oleh generasi muda. Banyak brand K-Beauty dipasarkan terus kepada pembeli sasaran tanpa melalui orang tengah atau agent sehinggakan kebanyakan produk K-Beauty ini menawarkan harga yang sangat berpatutan dengan kualiti ingredient dan keselataman yang tinggi. Siap ada direct shipping from South Korea, dan kalau melebihi pembelian tertentu (tidak mahal pun), boleh dapat free shipping. Nampak tak, betapa competitivenya industri ini. 😎
Kalau kita lihat pada target group produk K-Beauty pulak, mereka menawarkan produk skincare dan makeup untuk semua jenis kulit. Ia termasuklah dari pelbagai pilihan di semua produk line dari foundation, primer, blush, cleanser, toner, moisturiser, sunscreen, serum hingga yang lain-lain tu. Brand K-Beauty ni sentiasa hadir dengan produk baru dan inovatif yang tidak dapat ditawarkan oleh kebanyakan brand kecantikan global yang lebih tradisional. Kirernya, K-Beauty ni macam trendsetter dalam industri ini. 🤩
So, korang ada try any K-Beauty product/brand tak? Cik Jojo tentulah ada…… dah keja dalam bidang n ikan… Haha! 😍
Have a nice day everyone!


![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)


Komen