top of page

KENAPA DAIRY FOODS MENJADI MASALAH UNTUK SETENGAH ORANG YANG ADA MASALAH JERAWAT?

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 28 Jul 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Malam ini korang dinner apa tu? Walau apa pun dinner korang, makan berpada dan amalkan diet yang sihat okay! Untuk malam ini, Cik Jojo nak share kan tentang kaitan makanan dari sumber tenusu (atau dikenali sebagai dairy foods) dengan sesetengah orang yang ada masalah jerawat.


👉Untuk pengetahuan, faktor makanan menjadi sedikit kontroversi bila nak berikan penjelasan dengan masalah jerawat. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Kajian saintifik mengenai hubungan pemakanan dengan masalah jerawat jugak tidak begitu jelas (dan masih on-going) KECUALI makanan yang mengandungi dairy foods, dan fast foods. Last week, Cik Jojo ada sharekan berkenaan hubungan masalah jerawat dan fast food. So, hari ini kita lihat pulak hubungan dairy foods yang memberikan masalah jerawat untuk sesetengah orang.


👉Sebilangan besar susu lembu berasal daripada lembu yang hamil. Lembu yang hamil mempunyai banyak jenis hormon dan faktor pertumbuhan (growth factors) dalam susu mereka untuk menyokong pertumbuhan anak lembu. Oh ya, hormon yang dimaksudkan ini BUKAN hormon yang diberi makan/disuntik kepada lembu tau, hormon yang dimaksudkan ini merujuk kepada hormon natural yang memang hadir dalam susu lembu. So, secara teorinyna, hormon-hormon dan zat lain yang seangkatan dengannya MUNGKIN BOLEH mempengaruhi rangsangan kelenjar sebum (sebaceous glands), comedogenesis, peningkatan sebaceous lipogenesis, dan keradangan follicular. Tindak balas atau reaksi hormon dalam susu lembu terhadap jerawat tersebut lebih kurang sama macam breakouts ketika premenstrual.


👉Jika ada masalah jerawat dan nak cari puncanya, salah satu cara boleh cuba hentikan atau cut off dahulu makanan yang berunsurkan tenusu (dairy foods) termasuklah cheese, milk chocolate, fresh milk, dan sebagainya. Jika berlarutan atau jerawat tidak reda dan dah cari punca tapi tak jumpa, jangan lupa dapatkan rawatan daripada dermatologist ya!


Sumber, rujukan dan bacaan lanjut mengenai hubungan diet dan jerawat, boleh didapat pada article di bawah;


✅ Claudel, J.P., Auffret, N., Leccia, M.T., Poli, F. and Dréno, B., 2018. Acne and nutrition: hypotheses, myths and facts. Journal of the European Academy of Dermatology and Venereology, 32(10), pp.1631-1637.


✅ Danby, F.W., 2010. Nutrition and acne. Clinics in dermatology, 28(6), pp.598-604.


✅ Melnik, B.C., 2011. Evidence for acne-promoting effects of milk and other insulinotropic dairy products. In Milk and Milk Products in Human Nutrition (Vol. 67, pp. 131-145). Karger Publishers.


Semoga post ini dapat memberikan sedikit informasi berguna dan membantu mereka yang tengah berperang dengan masalah jerawat. Semoga dipermudahkan segala urusan dan jangan give up tau! 😘😘😘

Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page