top of page

8 MAKSUD SIMBOL PADA KOTAK PRODUK KECANTIKAN

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 26 Jan 2020
  • 3 min membaca

Updated: 16 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai korang, harapnya semua baik-baik saja hari ini. Korang ada dapat pengetahuan baru tak sepanjang follow page ini? Kalau ada, it’s good to hear! Atau kalau korang ada maklumat dan informasi tambahan, boleh share kat ruangan comment setiap topik yang dibincangkan okay! Don’t worry, we all here not to put down each other. Kalau salah, kita correct each other, kalau betul kita manfaatkan bersama. Page ini bertujuan untuk informasi dan maklumat yang boleh dijadikan panduan kepada pembeli dan penjual produk kecantikan disamping berkongsi maklumat lain yang tidak terdapat dalam setiap post.

Okaylah, untuk post kali ini, Cik Jojo nak sharekan tentang 8 maksud simbol pada kotak produk kecantikan yang lazimnya korang boleh nampak kat bahagian belakang. Walau bagaimanapun, ini cuma 8 yang utama dan sebenarnya ada banyak lagi simbol yang mungkin terdapat pada produk di pasaran kat Malaysia dan tidak terdapat. Kalau ada yang missing dan nak tambah, jangan segan silu tambah kat comment okay!

📍(PAO) Period After Opening (selalunya ada tulis 6M, 12M, 24M)

Bermaksud: PALING PENTING simbol ni tapi kebanyakan orang tak ambil peduli sebabnya kuantiti produk masih banyak buat apa nak buang. Korang kena ingat, kalau produk kecantikan dicetak 3M, 6M, 12M, malah 24M, ianya membawa maksud produk tersebut hanya boleh bertahan selama 3 Bulan, 6 Bulan, 12 Bulan dan 24 Bulan sahaja. Walaupun rasa sayang nak buang, korang kena ingat isi dalam produk tersebut tidak lagi berfungsi sama ada telah teroksidan, tercemar, kehilangan khasiat, atau sudah luput. So, hati-hati ya!

📍Simbol jam pasir

Bermaksud: Ianya menunjukan produk tersebut hanya memiliki kurang dari 30 bulan untuk digunakan. Ada juga simbol lain yang sama contohnya BBE atau Best Before Used yang selalu sangat kita nampak kat belakang packaging produk. Ianya menunjukan tarikh akhir penggunaan produk tersebut setelah dibuka.

📍Simbol huruf E

Bermaksud: Kalau korang nak tau, simbol ini lah yang akan yakinkan korang produk tersebut memenuhi standard dan regulations piawaian Eropah. Ianya termasuklah bahan-bahan pembuatan produk dan volume isi produk tersebut.

📍Simbol ECO CERT Bermaksud: Lazimnya menunjukan kepada pengguna yang bahan-bahan utama produk tersebut berasal daripada bahan natural (boleh jadi bahan ekstrak, pati, dan sebagainya).

📍Simbol UVA

Bermaksud: Simbol ini jarang jumpa tapi memang ada kat produk kecantikan. Ianya menunjukan yang kandungan skincare atau kosmetik tersebut ada kandungan yang dapat melindungi kulit daripada sinaran UV A yang berbahaya .

📍Simbol Recycle (macam bentuk segitiga daripada 3 jenis arrows)

Bermaksud: Simbol ini paling simble dan common sekali kita nampak. Ianya menunjukan packaging produk kecantikan tersebut boleh dikitarsemula. So, korang kenalah tengok sama ada packaging tersebut untuk plastik, botol atau kertas. Jangan lupa untuk meletakkan dalam tong yang betul. Kita boleh membantu alam sekitar dengan mengasingkannya.

📍Simbol Leaning Rabbit (kadang kala simbol Rabbit warna pink)

Bermaksud: Pembuatan produk tersebut memiliki standard animal-friendly atau cruelty-free yang bererti tidak melakukan ujian/kekejaman ke atas haiwan.

📍Simbol Gree Dot (kat gambar post ini, yang ada arrow warna putih tu)

Bermaksud: Simbol ini digunakan di Eropah dan menunjukkan bahawa syarikat yang membuat produk itu membayar sebuah organisasi pemulihan dan kitar semula untuk menyelia pengurusan yang bertanggungjawab ekologi sisa pembungkusan mereka.

Kalau korang ada simbol lain yang tak ada dalam list yang Cik Jojo sharekan ini, jangan lupa tulis kat ruangan comment okay! Seronok pulak belajar something new kan. Di samping nak capai our goal untuk kulit yang sihat dan cantik, kita tidak ketinggalan untuk berbuat baik kepada haiwan dan alam sekitar.

Kalau korang suka post ni, jangan lupa cepat-cepat ke Facebook page NURÉAA sekarang okay dan berikan #LIKE dan #SHARE postnya ya! Jangan lupa, kami di NURÉAA memang selalu kasik free giveaway tau. Korang juga boleh ajak ramai-ramai lagi #FOLLOW website dan facebook page kami. Terima kasih korang dan selamat malam!


Have a nice day everyone!


Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page