top of page

[QUICK INFO] APA YANG AKAN TERJADI JIKA MENGGUNAKAN SABUN KEPADA RAMBUT?

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 12 Ogo 2020
  • 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai korang! Siapa pernah gunakan sabun untuk mencuci rambut ketika mandi? Untuk Quick info hari ini, Cik Jojo nak sharekan beberapa masalah yang boleh terjadi jika kita mencuci rambut dengan menggunakan sabun. 🤓


👉 Untuk pengetahuan semua, kebanyakan sabun di pasaran adalah bersifat alkali dan mempunyai pH lebih daripada 7.5. Kulit kepala kita pula mempunyai pH sekitar 5.5 dan bersifat sedikit acidic. So, kalau kita gunakan sabun kepada kulit kepala dan rambut kita, ia boleh mengakibatkan kulit kepala dan rambut menjadi kering sekaligus membuatkannya gatal, kadang kala boleh terjadi bisul kecil, rambut rapuh, kerosakan rambut, keguguran rambut dan rambut kusam tidak bermaya.


👉 Untuk mengelakkan masalah seperti ini, jangan lupa membaca label produk shampoo yang mempunyai pH di antara 5 hingga 7 tau! Pemilihan dan penggunaan shampoo rambut yang bersesuai dapat menghindarkan daripada terjadinya masalah yang disebutkan tadi.

👉 Semoga tips ini bermanfaat dan dapat membantu dalam membuat pilihan pembelian produk shampoo yang baik.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page