SEJARAH KECANTIKAN ORANG KOREA
- Cik Jojo

- 10 Feb 2020
- 3 min membaca
Updated: 16 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Annyeonghaseyo korang! This month kita mulakan our 🇰🇷Korean Beauty Series atau K-Beauty Series. Siapa kat sini memang true fans Asian Beauty terutamanya produk-produk dari Korea dan Jepun? Kalau ada dikalangan korang, sila berikan #LIKE atau #LOVE kat facebook page NURÉAA, baru boleh aim siapa yang berminat dengan K-Beauty ni. Untuk post pertama K-Beauty Series, kita back to history untuk lebih kenal sejarah kecantikan orang Korea. So, apa yang korang tahu tentang sejarah kecantikan orang Korea? Adakah setakat ratusan brand kecantikan Korea? Atau endorsement selebriti Korea untuk produk tertentu? Atau 10 steps of Korean skincare? Atau 7-skin layers?... Jom kita tengok pengenalan ringkas tentang sejarah kecantikan orang Korea. 👉 Kalau korang nak tau, orang Korea ni secara tradisionalnya percaya fizikal appearance adalah sangat penting sebab ianya melambangkan keperibadian dalaman seseorang. Sebab itulah orang Korea sama ada lelaki mahupun perempuan akan menyiapkan diri mereka sebaik mungkin, secantik mungkin, sekacak mungkin disebabkan oleh faktor budaya mereka yang unik tu. Now, make sense tak kalau gi Korea, boleh perhatikan betapa obsess nya kebanyakan mereka dengan kecantikan! Jangankan kata ratusan produk kecantikan, malah plastic surgery clinics pun rimbun tumbuh. It is the largest industry in KOREA and in the World, tau! 👉 Sejarah kosmetik dan kecantikan kat Korea ni berlaku sejak lebih kurang 700 tahun yang lalu. Kalau korang nak tau, zaman tu pelbagai jenis produk yang dikira mewah dan diletakkan dalam container tertentu adalah berasaskan tanah liat (CLAY!). Ye, tanah liat adalah sumber utama dalam pembuatan produk kecantikan di Korea pada ketika itu. Masa zaman Dynasty Goryeo, masyarakat zaman tu dah mula aware tentang kecantikan dan penampilan diri. Disebabkan trend yang tumbuh tu lah Dynasty Goryeo membuat keputusan untuk membuka peluang perniagaan antarabangsa dengan pelayar dan traders dari luar negara. Ianya membolehkan pelbagai bahan mentah baru dapat masuk ke Korea, disamping teknik kecantikan dari luar yang dikongsikan oleh traders asing. 👉 Bila kejatuhan Dynasty Goryeo, Dynasty Joseon pulak naik memerintah Korea, dalam tahun 1392 hingga 1897 dan memegang prinsip Confucianism (di mana balance dan harmony adalah kunci utama). Apa yang telah terjadi ialah penggunaan makeup adalah sangat terbatas. Disebabkan makeup terbatas, maka trend baru pun muncul iaitu natural makeup. Haaa.. korang nampak tak, all trends yang ada pada masa kini actually dah pernah jadi trend pada masa lalu. So, disebabkan makeup agak limited di zaman Dynasty Joseon, masyarakat Korea pada zaman tu tak banyak pilihan melainkan makeup yang agak ‘white-look’ je, dan expresskan minat mereka into packaging atau containers produk kecantikan, tu yang kalau korang gi museum kat Korea korang akan nampak peninggalan kotak porcelain kecik-kecik yang digunakan untuk menyimpan cermin muka, sikat, dan pelbagai barang personal. Sejak Dynasty Joseon ni lah minat masyarakat kepada kecantikan agak merudum atau slow down sampai lah kurun ke 19. 👉 Masa kurun ke 19, minat dan trend kepada kecantikan tumbuh semula disebabkan oleh revolusi perindustrian kat Amerika, Eropah dan seluruh dunia. Masa revolusi perindustrian ni lah banyak sangat inovasi berlaku dari segi pengangkutan, mesin, penyelidikan, system, dan sebagainya! Disebabkan oleh revolusi yang berpanjangan ini lah yang membolehkan produk kecantikan dari negara Barat dapat masuk dan diperkenalkan di Korea. So, minat terhadap kecantikan tu pun berputik semula sampai lah jadi obsession kepada sesetengah masyarakat mereka. Korang bayangkan lah, dalam masa tak sampai 100 tahun, Korea dah jadi one of main leaders in the cosmetics industry! How did they do that? Short answer: Strategy! Nanti kita kupas lanjut dalam post yang lain okay. So, sekarang korang dah tau serba ringkas tentang sejarah kencantikan orang Korea. Dah ready ke nak baca lanjut tentang industry kecantikan dan kosmetik dari Korea. Bila dah tau sejarah dan ada sikit foundation, baru lah best nak baca tips dan hal lain yang berkaitan, kan? Kalau dah ready, nantikan post berikutnya okay! Rujukan dan untuk korang yang berminat nak baca lanjut: 1) Barng, K., 2016. The Makeup Technique According to the Much Deeper Shades of Color and Light of the Joseon Dynasty. International Information Institute (Tokyo). Information, 19(12), p.5685. 2) Sukman, J., 2007. The “Religious” in Contemporary Korean Culture. Korea Journal, 47(2), pp.5-11.

Kalau korang rasa sejarah kosmetik Korea ni best, boleh lah ke facebook page NURÉAA dan #SHARE serta #LIKE. Selalu kita dengar tentang review produk Korea dan melihat selebriti Korea mempromosikan produk kecantikan mereka kan, hari ini we back to history a bit. Semoga dapat menambahkan sedikit pengetahuan untuk korang. Have a nice day everyone!


![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)


Komen