top of page

[SHARING IS CARING] APA ITU NATURAL MOISTURISING FACTOR?

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 22 Okt 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Untuk sharing is caring hari ini Cik Jojo nak share kan tentang apa itu natural moisturising factor atau nama ringkasnya NMF. Ni topik paling Cik Jojo suka dan excited. Untuk pengetahuan semua, NMF ini terbentuk atau diperbuat daripada humectant yang dapat menarik bind water/air dari atmosphere untuk menjadikan kulit kita hydrated. Apa yang lebih menarik lagi, 15 hingga 20 % berat kulit (bahagian bernama stratum corneum – lapisan kulit kita yang paling atas sekali) adalah kandungan NMF. Cuba lihat pada gambar yang disertakan untuk lebih faham. So, nampak tak berapa pentingnya air kepada kulit kita?

As a summary, kelembapan bahagian kulit bernama stratum corneum tu sangat penting kerana ia dapat membantu menghalang atau menjadi perisai terhadap faktor luaran yang boleh merosakan kulit, dan juga mengelakkan terjadinya masalah mengelupas (process of desquamation).


Korang tahu tak macam mana kerosakan NMF pada kulit kita ni terjadi? 2 perkara yang paling biasa terjadi adalah disebabkan oleh OVER-WASHING (mencuci kulit wajah melebihi yang sepatutnya), dan UV EXPOSURE (terdedah kepada sinaran matahari, maksudnya tak gunakan SUNSCREEN).


So, macam mana nak dapatkan NMF ni? NMF tu memang dah ada pada kulit kita semulajadi, tapi kalau korang nak cari NMF dalam bentuk diet yang sihat dan produk skincare untuk memberikan penjagaan pada kulit pun boleh. Sebelum nak beli produk skincare tu, jangan lupa baca label ingredients yang mempunyai peratusan NMF seperti dalam gambar ini. Remember, always listen to what your skin needs, not others.


Semoga post ini dapat memberikan sedikit informasi yang berguna dan kefahaman mengenai produk skincare sebelum membelinya. Produk skincare ni ni sebenarnya boleh jadi optional ataupun necessary – of course bergantung kepada individu. Stay safe and take care tau!


Sumber rujukan dan bacaan untuk mereka yang berminat, jom klik artikel di bawah;

1) International Journal of Cosmetic Science, February 2017, pages 2-10, and December 2016, pages 567-575

2) Journal of Dermatological Science, December 2014, pages 231-239

3) Acta-dermato Venerologica, November 2016, pages 880-884

4) Journal of Cosmetic Science, January-February 2010, pages 13-22

5) Skin Pharmacology and Physiology, September–October 2004, pages 207–213

6) Journal of Investigative Dermatology, May 1996, pages 1096–1101

7) British Journal of Dermatology, November 1995, pages 679–685

8) Progressive Lipid Research, January 2003, pages 1–36

9) Journal of the European Academy of Dermatology and Venereology, November 2002, pages 587–594

10) Journal of Lipid Research, May 2002, pages 794–804

11) Clinical Geriatric Medicine, February 2002, pages 103–120


Have a nice day everyone!



Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page