top of page

[SHARING IS CARING] LIHAT INGREDIENT INI JIKA INGIN RAMBUT CANTIK BERSINAR

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 13 Nov 2020
  • 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Wow, tajuk post ni... rambut cantik bersinar. Selalu nampak dalam iklan di TV, Internet mahupun majalah, kan? Tapi boleh ke rambut kita cantik bersinar atau ianya cuma gimik marketing semata-mata? Kalau korang curious nak tahu ada ke tak produk penjagaan rambut yang dapat membantu rambut lebih sihat dan cantik bersinar, jom layan post ni okay!


PANTHENOL! Itulah ingredient dalam shampoo yang patut korang fokus kan ketika membaca label packaging produk. Produk shampoo yang mengandungi panthenol boleh membantu rambut menjadi lebih cantik dan bersinar. Dalam post K-Beauty semalam Cik Jojo ada nyatakan ingredient panthenol ni. Panthenol sangat popular digunakan dalam formulasi produk kecantikan kulit wajah dan penjagaan rambut, sebab banyak manfaat yang bagus boleh didapati. Tambahan, PANTHENOL ni adalah sejenis humectant (yang dapat menarik air, sekaligus memberikan kelembapan!). Walaupun panthenol membantu memberikan rambut kita nampak cantik dan bersinar, ia TIDAK melekit, TIDAK merosakan rambut, dan TIDAK menipiskan rambut – kerana sifat panthenol ni senang dissolve (larut) dalam air.


Kesimpulannya: Yes, memang ada shampoo yang dapat membantu rambut kelihatan cantik bersinar dan smooth, terutamanya dengan kehadiran Panthenol. Selamat mencari produk shampoo yang best. Semoga post ini dapat dimanfaatkan bersama ya!

Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page