5 TANDA-TANDA STRESS YANG BOLEH NAMPAK KAT KULIT WAJAH
- Cik Jojo

- 5 Feb 2020
- 2 min membaca
Updated: 16 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai korang! Hopefully, korang menjalani hari yang baik-baik sahaja. Kalau stress, boleh lakukan aktiviti fizikal macam bersenam ke, bersukan ke, atau pun hobi seperti melukis, membaca, atau sekurangnya keluar jumpa kawan-kawan dan tengok wayang. So, untuk post kali ini, Cik Jojo nak sharekan tentang 5 tanda-tanda stress yang clearly nampak kat kulit wajah. Jom check kot ada ciri-cirinya kat korang, if you do.. jangan lupa lakukan aktiviti untuk de-stress ya! 👉 Kulit kering Ini adalah tanda paling senang nak nampak. Ianya disebabkan oleh cortisol hormone yang tak dapat membantu untuk mempertahankan kelembapan kat kulit wajah. Maksdunya kat sini, korang memang jenis kulit normal contohnya, tiba-tiba berubah jadi kulit kering padahal rutin penjagaan dah dilakukan. So, stress mungkin salah satu sebabnya. Jangan lupa check tau. 👉 Kerutan kat wajah Bila kita stress, ianya senang mempengaruhi otak kita dan menjadikan process penuaan lebih cepat daripada sepatutnya. Jika ini terjadi, garis kerutan kat dahi, mulut dan mata senang nak nampak. 👉 Lingkaran hitam bawah mata Lingkaran hitam bawah mat ani berlaku banyak sebab seperti tak cukup tidur, genetic, dan termasuklah stress. Bila dah selalu sangat stress, maka masalah tidur pun timbul. Bila tak cukup tidur, itulah yang menyebabkan masalah lain termasuklah masalah kesihatan, kulit wajah dan kulit di bawah mata menjadi kendur dan nampak bengkak. Cik Jojo selalu pesan tidur yang cukup adalah penting selain minum air kosong banyak. Fungsi tidur tu ialah merehatkan badan kita yang dah seharian bekerja. So, kalau tak tidur atau tak cukup tidur, tidakkan kita memaksa atau memberikan stress/tekanan kepada badan kita? Fikirkan. 👉 Wajah selalu nampak lesu Bila stress terjadi ia juga dapat merencatkan produksi melanin dan kalogen kulit kita tau. Bila produksi kalogen ternganggu, so dia tak dapatkan berikan keanjalan kat kulit. Hasilnya, nampak lah kulit kita tu sedihkit kusam daripada biasa, dan tak glow. Ya lah dah stress, mood kita pun suram jeeee kan. So, carilah cari untuk atasi masalah stress. Ingat tau, semua orang ada mengalami stress, carilah penyelesaian yang sewajarnya. Jika tidak jump acara mengatasi, jangan lupa dapatkan khidmat mereka yang professional. 👉 Rambut banyak gugur OMG, yang ni memang senang nak jumpa. Cik Jojo rasa, mostly kita kat sini mengalaminya. Bila stress, baru perasan rambut banyak gugur then kita cemas. Kalau korang nak tau, stress ni dapat menjadikan folikel rambut pramatang dan seterusnya tergugur dengan sendirinya. So, secara ringkasnya… masalah yang korang ada kat kulit wajah tu, may be juga disebabkan oleh STRESS. Jika ianya terjadi, jangan lupa cari penyelesaian dan cuba jauhi daripada terus berfikir tentang stress tersebut ya. Kalau tak mampu juga mencari aktiviti yang dapat mengatasi stress, segeralah dapatkan rawatan atau bantuan mereka yang professional. Kalau korang suka atau suka sangat post ini, jangan lupa ke facebook page NURÉAA dan berikan #LIKE atau #LOVE. Klik #SHARE supaya ramai boleh dapat manfaat mengenai post ini. Terima kasih korang dan selamat malam! Jumpa esok ya!

Have a nice day everyone!


![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)


Komen